AL-QUR'AN- القرءان

Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat denganLailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (AL Hijr 15:9)

Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;(surah al-Qiyamah, 75:17-18)

Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secaramutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas.

QUR'ANUL KARIM

QUR'ANUL KARIM
LEBIH BAIK DARI LAIN-LAIN BAHAN BACAAN

SIFAT-SIFAT HURUF

I LOVE ALLAH

Tuesday, February 15, 2011

SURAH AL-NAJM

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
وَالنَّجمِ إِذا هَوىٰ ﴿١﴾(1) Demi bintang semasa ia menjunam, -ما ضَلَّ صاحِبُكُم وَما غَوىٰ ﴿٢﴾(2) Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah).وَما يَنطِقُ عَنِ الهَوىٰ ﴿٣﴾(3) Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.إِن هُوَ إِلّا وَحىٌ يوحىٰ ﴿٤﴾(4) Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.عَلَّمَهُ شَديدُ القُوىٰ ﴿٥﴾(5) wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (malaikat jibril) yang amat kuat gagah, -ذو مِرَّةٍ فَاستَوىٰ ﴿٦﴾(6) Lagi yang mempunyai kebijaksanaan; kemudian ia memperlihatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad) dengan rupanya asal, -وَهُوَ بِالأُفُقِ الأَعلىٰ ﴿٧﴾(7) Sedang ia berada di arah yang tinggi (di langit);ثُمَّ دَنا فَتَدَلّىٰ ﴿٨﴾(8) Kemudian ia mendekatkan dirinya (kepada Nabi Muhammad), lalu ia berjuntai sedikit demi sedikit,فَكانَ قابَ قَوسَينِ أَو أَدنىٰ ﴿٩﴾(9) Sehingga menjadilah jarak (di antaranya dengan Nabi Muhammad) sekadar dua hujung busaran panah, atau lebih dekat lagi;فَأَوحىٰ إِلىٰ عَبدِهِ ما أَوحىٰ ﴿١٠﴾(10) Lalu Allah wahyukan kepada hambaNya (Muhammad, dengan perantaraan malaikat Jibril) apa yang telah diwahyukanNya.ما كَذَبَ الفُؤادُ ما رَأىٰ ﴿١١﴾(11) Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.أَفَتُمٰرونَهُ عَلىٰ ما يَرىٰ ﴿١٢﴾(12) Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu?وَلَقَد رَءاهُ نَزلَةً أُخرىٰ ﴿١٣﴾(13) Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi,عِندَ سِدرَةِ المُنتَهىٰ ﴿١٤﴾(14) Di sisi "Sidratul-Muntaha";عِندَها جَنَّةُ المَأوىٰ ﴿١٥﴾(15) Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa".إِذ يَغشَى السِّدرَةَ ما يَغشىٰ ﴿١٦﴾(16) (Nabi Muhammad melihat jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.ما زاغَ البَصَرُ وَما طَغىٰ ﴿١٧﴾(17) Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.لَقَد رَأىٰ مِن ءايٰتِ رَبِّهِ الكُبرىٰ ﴿١٨﴾(18) Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.أَفَرَءَيتُمُ اللّٰتَ وَالعُزّىٰ ﴿١٩﴾(19) (Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah - mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Laat" dan "Al-Uzza" -وَمَنوٰةَ الثّالِثَةَ الأُخرىٰ ﴿٢٠﴾(20) Serta "Manaat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak-anak perempuan Allah)?أَلَكُمُ الذَّكَرُ وَلَهُ الأُنثىٰ ﴿٢١﴾(21) Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?تِلكَ إِذًا قِسمَةٌ ضيزىٰ ﴿٢٢﴾(22) Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.إِن هِىَ إِلّا أَسماءٌ سَمَّيتُموها أَنتُم وَءاباؤُكُم ما أَنزَلَ اللَّهُ بِها مِن سُلطٰنٍ ۚ إِن يَتَّبِعونَ إِلَّا الظَّنَّ وَما تَهوَى الأَنفُسُ ۖ وَلَقَد جاءَهُم مِن رَبِّهِمُ الهُدىٰ ﴿٢٣﴾(23) Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.أَم لِلإِنسٰنِ ما تَمَنّىٰ ﴿٢٤﴾(24) Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).فَلِلَّهِ الءاخِرَةُ وَالأولىٰ ﴿٢٥﴾(25) Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.وَكَم مِن مَلَكٍ فِى السَّمٰوٰتِ لا تُغنى شَفٰعَتُهُم شَيـًٔا إِلّا مِن بَعدِ أَن يَأذَنَ اللَّهُ لِمَن يَشاءُ وَيَرضىٰ ﴿٢٦﴾(26) (Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.إِنَّ الَّذينَ لا يُؤمِنونَ بِالءاخِرَةِ لَيُسَمّونَ المَلٰئِكَةَ تَسمِيَةَ الأُنثىٰ﴿٢٧﴾(27) Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,وَما لَهُم بِهِ مِن عِلمٍ ۖ إِن يَتَّبِعونَ إِلَّا الظَّنَّ ۖ وَإِنَّ الظَّنَّ لا يُغنى مِنَ الحَقِّ شَيـًٔا ﴿٢٨﴾(28) Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).فَأَعرِض عَن مَن تَوَلّىٰ عَن ذِكرِنا وَلَم يُرِد إِلَّا الحَيوٰةَ الدُّنيا﴿٢٩﴾(29) Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.ذٰلِكَ مَبلَغُهُم مِنَ العِلمِ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبيلِهِ وَهُوَ أَعلَمُ بِمَنِ اهتَدىٰ ﴿٣٠﴾(30) (Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.وَلِلَّهِ ما فِى السَّمٰوٰتِ وَما فِى الأَرضِ لِيَجزِىَ الَّذينَ أَسٰـٔوا بِما عَمِلوا وَيَجزِىَ الَّذينَ أَحسَنوا بِالحُسنَى ﴿٣١﴾(31) Dan Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; (diciptakan semuanya itu) untuk membalas orang-orang yang berbuat jahat menurut apa yang mereka lakukan, dan membalas orang-orang yang berbuat baik dengan balasan yang sebaik-baiknya.الَّذينَ يَجتَنِبونَ كَبٰئِرَ الإِثمِ وَالفَوٰحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وٰسِعُ المَغفِرَةِ ۚ هُوَ أَعلَمُ بِكُم إِذ أَنشَأَكُم مِنَ الأَرضِ وَإِذ أَنتُم أَجِنَّةٌ فى بُطونِ أُمَّهٰتِكُم ۖ فَلا تُزَكّوا أَنفُسَكُم ۖ هُوَ أَعلَمُ بِمَنِ اتَّقىٰ ﴿٣٢﴾(32) (Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.أَفَرَءَيتَ الَّذى تَوَلّىٰ ﴿٣٣﴾(33) Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?وَأَعطىٰ قَليلًا وَأَكدىٰ ﴿٣٤﴾(34) Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?أَعِندَهُ عِلمُ الغَيبِ فَهُوَ يَرىٰ ﴿٣٥﴾(35) Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?أَم لَم يُنَبَّأ بِما فى صُحُفِ موسىٰ ﴿٣٦﴾(36) Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -وَإِبرٰهيمَ الَّذى وَفّىٰ ﴿٣٧﴾(37) Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?أَلّا تَزِرُ وازِرَةٌ وِزرَ أُخرىٰ ﴿٣٨﴾(38) (Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);وَأَن لَيسَ لِلإِنسٰنِ إِلّا ما سَعىٰ ﴿٣٩﴾(39) Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;وَأَنَّ سَعيَهُ سَوفَ يُرىٰ ﴿٤٠﴾(40) Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);ثُمَّ يُجزىٰهُ الجَزاءَ الأَوفىٰ ﴿٤١﴾(41) Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;وَأَنَّ إِلىٰ رَبِّكَ المُنتَهىٰ ﴿٤٢﴾(42) Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);وَأَنَّهُ هُوَ أَضحَكَ وَأَبكىٰ ﴿٤٣﴾(43) Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;وَأَنَّهُ هُوَ أَماتَ وَأَحيا ﴿٤٤﴾(44) Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;وَأَنَّهُ خَلَقَ الزَّوجَينِ الذَّكَرَ وَالأُنثىٰ ﴿٤٥﴾(45) Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menciptakan pasangan - lelaki dan perempuan, -مِن نُطفَةٍ إِذا تُمنىٰ ﴿٤٦﴾(46) Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim);وَأَنَّ عَلَيهِ النَّشأَةَ الأُخرىٰ ﴿٤٧﴾(47) Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang tetap menghidupkan semula (makhluk-makhluk yang mati);وَأَنَّهُ هُوَ أَغنىٰ وَأَقنىٰ ﴿٤٨﴾(48) Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang memberikan (sesiapa yang dikehendakiNya) apa yang diperlukannya dan memberikannya tambahan yang boleh disimpan;وَأَنَّهُ هُوَ رَبُّ الشِّعرىٰ ﴿٤٩﴾(49) Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah Tuhan (Pencipta) "Bintang Syikra;وَأَنَّهُ أَهلَكَ عادًا الأولىٰ ﴿٥٠﴾(50) Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang membinasakan kaum "Aad" yang pertama (kaum Nabi Hud), -وَثَمودَا۟ فَما أَبقىٰ ﴿٥١﴾(51) Dan kaum "Thamud" (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorangpun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup.وَقَومَ نوحٍ مِن قَبلُ ۖ إِنَّهُم كانوا هُم أَظلَمَ وَأَطغىٰ ﴿٥٢﴾(52) Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas.وَالمُؤتَفِكَةَ أَهوىٰ ﴿٥٣﴾(53) Dan bandar-bandar yang ditunggang balikkan itu, Dia lah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi;فَغَشّىٰها ما غَشّىٰ ﴿٥٤﴾(54) Lalu (penduduk) bandar-bandar itu diliputi azab seksa yang meliputinya.فَبِأَىِّ ءالاءِ رَبِّكَ تَتَمارىٰ ﴿٥٥﴾(55) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?هٰذا نَذيرٌ مِنَ النُّذُرِ الأولىٰ ﴿٥٦﴾(56) (Al-Quran) ini adalah pemberi amaran di antara jenis-jenis amaran yang telah lalu!أَزِفَتِ الءازِفَةُ ﴿٥٧﴾(57) Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu (hari kiamat);لَيسَ لَها مِن دونِ اللَّهِ كاشِفَةٌ ﴿٥٨﴾(58) Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu.أَفَمِن هٰذَا الحَديثِ تَعجَبونَ ﴿٥٩﴾(59) Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?وَتَضحَكونَ وَلا تَبكونَ ﴿٦٠﴾(60) Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya), dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?وَأَنتُم سٰمِدونَ ﴿٦١﴾(61) Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan?فَاسجُدوا لِلَّهِ وَاعبُدوا ۩ ﴿٦٢﴾(62) Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu), dan beribadatlah kamu kepadaNya (dengan sepenuh-penuh tauhid).

No comments:

Post a Comment