AL-QUR'AN- القرءان

Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat denganLailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (AL Hijr 15:9)

Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;(surah al-Qiyamah, 75:17-18)

Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secaramutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas.

QUR'ANUL KARIM

QUR'ANUL KARIM
LEBIH BAIK DARI LAIN-LAIN BAHAN BACAAN

SIFAT-SIFAT HURUF

I LOVE ALLAH

Tuesday, July 16, 2013

Ramadan bulan al-Quran





 RAMADAN BULAN AL-QURAN,Tentunya ini amat dinanti-nantikan oleh mereka yang sukakan ibadat. Tawaran yang Allah berikan adalah amat istimewa. Gandaan pahala diberikan pada setiap amalan dengan jumlah yang tinggi. Maka perlulah setiap Muslim merebut peluang sekali setahun ini.
Ramadan istimewa kerana merupakan pilihan Allah SWT untuk menurunkan al-Quran. Firman-Nnya yang bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk kepada sekelian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. (al-Baqarah: 184)
Al-Quran yang sampai kepada kita pada hari ini diturunkan secara sekali gus pada bulan Ramadan dari Luh Mahfuz ke Bait-'Izah di langit dunia. Dari situlah al-Quran diturunkan ke pada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur mengikut peristiwa yang berlaku selama 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada bulan Ramadan ialah tadarus al-Quran. Baginda bertadarus al-Quran dengan Jibril. Maksud tadarus bukan membaca sahaja, tetapi merangkumi membaca, mengkaji, memahami dan menghayati isi kandung al-Quran.
Justeru, selain kita membaca al-Quran di hadapan guru dengan penekanan kepada sebutan yang betul seperti teguran pada ikhfa', idgham, mad, sifat huruf dan makhraj, kita juga perlu memahami kandungan ayat yang kita baca.
Ramai di kalangan kita suka membaca al-Quran berbanding memahami maksud ayat-ayatnya.
Keazaman yang perlu ada dalam diri sebelum datang Ramadan ialah khatam al-Quran paling kurangnya sekali sepanjang Ramadan. Teori mudahnya ialah membaca empat halaman setiap kali selepas solat fardu atau sebelumnya.
Jika membaca empat halaman untuk setiap kali solat lima fardu dengan istiqamah setiap hari kita akan mengkhatamkan pada hari ke-30. Ini kerana setiap juzuk mempunyai 20 halaman.
Jika anda berazam untuk khatam dua kali pada Ramadan kali ini, gandakan bacaan kepada lapan halaman setiap kali selepas solat fardu. Bermaksud pada 15 Ramadan anda khatam kali pertama seluruh al-Quran dan penghujung Ramadan anda khatam untuk kali kedua.
Teori ini boleh digunakan untuk khatam kali ketiga dan seterusnya dengan penambahan empat halaman setiap hari bagi setiap khatam yang diinginkan.
Sorotan kepada amalan ulama di zaman silam di bulan Ramadan, mendapati mereka mengambil berat tentang khatam al-Quran. Sebahagian mereka menumpukan kepada bacaan al-Quran melebihi daripada pengajaran.
Imam Syafie khatam al-Quran sebanyak 60 kali. Timbul persoalan apakah dibolehkan membaca al-Quran dengan begitu cepat sedangkan Rasulullah SAW bersabda tidak difahami mengkhatam al-Quran kurang dari tiga hari.
Dalam hadis riwayat Ahmad dan al-Nasai, Baginda SAW bersabda kepada Abdullah Ibnu Amru Ibnu al-'As: Bacalah al-Quran dalam tempoh 30 hari. Abdullah menjawab: "Saya masih mampu melakukan lebih daripada itu wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Bacalah dalam tempoh 20 hari."
Abdullah menjawab: "Saya boleh melakukan lebih daripada itu ya Rasulullah."
Baginda bersabda: "Bacalah Quran dalam tempoh 10 hari. Abdullah menjawab: "Saya boleh lakukan lebih daripada itu ya Rasulullah." Baginda bersabda: "Bacalah dalam tempoh tujuh hari." Abdullah menjawab: "Saya boleh lakukan lebih daripada itu." Baginda enggan menjawab.
Berdasar kepada hadis ini dan hadis yang menyatakan tidak difahami khatam Quran kurang dari tiga hari dipadukan dengan amalan ramai ulama yang khatam al-Quran setiap hari.
Imam al-Zahabi menjawab khatam al-Quran setiap hari ialah amalan yang boleh dilakukan, namun mengikuti sunnah adalah lebih awla dan utama.

Imam Ibnu Kathir ketika mengulas cerita Uthman Ibnu Affan mengkhatam al-Quran dalam satu rakaat, menyatakan mungkin hadis berkaitan larangan membaca al-Quran kurang dari tiga hari tidak sampai kepada mereka atau mungkin mereka memahami dan tadabur apa yang mereka baca dengan kelajuan sebegitu. Itu semua Allah SWT sahajalah yang mengetahuinya.